Salam Aidilfitri buat semua warga pelayar semaraksurau. Bagi meneruskan pengimarahan surau kita, pihak AJK Surau Al-Falah telah bersepakat untuk menganjurkan program ziarah dan selawat marhaban dari rumah ke rumah. Di mana pada malam Selasa 28/09/2009 program ini telah bermula dari rumah hj zulmurat dan disertai lebih kurang 10 ahli. Untuk itu, moh kita semarakkan taman kita dengan laungan selawat ke atas Rasulullah SAW dan kunjung-mengunjung di samping memohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan.
Ayuh! Kita Semarakkan Surau Kita...
Monday, September 28, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009

Salam Kemaafan dari kami warga AJK Surau Al-Falah Perdana College Height.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua dan Syawal yang menjelang tiba akan mengeratkan lagi hubungan kejiranan kita di bawah lembayung rahmat Allah SWT.
Di kesempatan ini juga ingin pihak kami mengucapkan selamat Hari Raya E'idilfitri buat semua warga PCH. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing dan jangan lupa berdoalah sepanjang perjalanan. Kerana musafir kita adalah kerana kebaikan, menziarahi keluarga dan saudara, merapatkan jurang perpisahan menyatukan hati yang kerinduan.
Ikhlas dari kami.... AJK Surau Al-Falah PCH.
Monday, September 14, 2009
Surau Sementara

Inilah dia surau sementara buat warga Perdana College Height yang diizinkan oleh Allah SWT dengan menggerakkan hati Hj. Zulmurat selaku tuan rumah untuk membenarkan kita semua beribadat menghadap Allah yang Esa di tapak letak keretanya. Semoga Allah memberikan nikmat kurniaan yang tak terhingga buat keluarganya.
Di kesempatan ini juga ingin dimaklumkan buat semua warga PCH, urusan pemilikan tapak surau kita sebelum ini telah diusahakan oleh AJK Persatuan penduduk dan surau melalui majlis dan JAINS. Alhamdulillah, ianya sudah menampakkan hasil yang positif.
Tapak surau kita adalah berdekatan dengan tangki air berdekatan dengan Bayan, kira oklah... tengah-tengah dengan keluasan tanah 2 ekar. besar tu...
Semoga dengan usaha dan sumbangan yang kecil daripada para AJK akan memberi manfaat yang besar buat kita semua amnya dan buat mereka khususnya di dunia dan di akhirat. Kita lakukan semua ini bukan untuk kita sahaja, tetapi adalah untuk generasi kita di masa akan datang.
Apa Kata Ustaz...

“Yang mahal itu adalah hati dalam hati. Mengapa Israel membunuh orang Islam?? Sebab mereka tidak ada hati. Langit dan bumi tak boleh jadi sendiri. Akal itu mahal. Manusia ini berotak. Tetapi otak manusia tak laku.. Bila kita tak bekerja langsung otak tak berfungsi.. Fikir itu penting untuk akal. Hati juga penting pada akal…Hati yang baik adalah hati yang nurani….Qalba hati…. Berbolak-balik itu Qalbi….Tetapkan hatimu untuk pertahankan agamamu. Orang yang berjuang tidak mengikut Islam hatinya telah rosak.. Yahudi dan Nasara tidak akan senang hati kerana tidak ikut perangai…. Akhir zaman nanti, umat Islam akan tinggal nama saja yang Islam.. tahu ke kita perjuangan Islam itu wajib. Rakyat sekarang berjuang untuk kebangsaan…… Maka mahalnya akal itu bila Allah muliakan akal… Semua berasal dari kejadian manusia. Manusia ini cantik…Manusia kalau boleh lawan nafsu, tarafnya lebih tinggi pada malaikat….Sebab malaikat tiada nafsu.. Celakalah manusia kalau tak ikut perintah Allah…Allah berkata orang yang berfikir itu ada akal..Orang yang solat itu berakal…”ORANG GILA TAK PERLU SOLAT, ORANG TAK SOLAT ITU GILA”, “JANTUNG BERJALAN BULA BUAT KERJA, SOLAT , TIDUR TAPI BILA JANTUNG BERHENTI KITA YANG JALAN”….Hati itu hakim…Buatlah apa yang disuruh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang dan ditegah……” (Ustaz Ismail Kamus/Jumaat/20Februari2009/Masjid Al-Azim/12.45pm)
Sunday, September 13, 2009
SALAM DIHULUR KELINGKING BERTAUT,,,
Assalamualaikum...
Jangan terkeliru dengan tajuk di atas... sejujurnya blog ini adalah bertujuan untuk memberi makluman dan pendedahan kepada ahli qariah surau Al-Falah Perdana College Height yang mana rata-rata kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga terkadang terlupa dengan urusan akhirat. Bukan nak mengata tetapi sekadar untuk renungan diri sendiri. Kita terkadang lupa dan alpa dengan nikmat dunia yang hanya 1% sahaja diberikan Allah SWT kepada kita. Tetapi keterlupaan itu kita akan teringat kembali dengan kembali kepadanya...
Untuk itu... sebagai salam maya yang pertama ini, kelingking bertaut menarik tuan walaupun dengan selemah jari, marilah kita sama-sama semarakkan surau kita agar hati terusik, qalbu terpesona dengan laungan takbir dan sama-sama kita melangkah ke dalam barisan mendaulatkan Allah yang Maha Esa..

Subscribe to:
Comments (Atom)