Sunday, September 13, 2009

SALAM DIHULUR KELINGKING BERTAUT,,,

Assalamualaikum...

Jangan terkeliru dengan tajuk di atas... sejujurnya blog ini adalah bertujuan untuk memberi makluman dan pendedahan kepada ahli qariah surau Al-Falah Perdana College Height yang mana rata-rata kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga terkadang terlupa dengan urusan akhirat. Bukan nak mengata tetapi sekadar untuk renungan diri sendiri. Kita terkadang lupa dan alpa dengan nikmat dunia yang hanya 1% sahaja diberikan Allah SWT kepada kita. Tetapi keterlupaan itu kita akan teringat kembali dengan kembali kepadanya...

Untuk itu... sebagai salam maya yang pertama ini, kelingking bertaut menarik tuan walaupun dengan selemah jari, marilah kita sama-sama semarakkan surau kita agar hati terusik, qalbu terpesona dengan laungan takbir dan sama-sama kita melangkah ke dalam barisan mendaulatkan Allah yang Maha Esa..

1 comment:

  1. Salam 'Alaik,

    Alfun Mabruk. Satu permulaan komunikasi maya yang baik. Mungkin boleh diuar-uarkan menerusi papan kenyataan Surau Al-Falah, e-mel rakan-rakan PCH atau melalui pautan laman sesawang yang lain.

    Sekali lagi tahniah..

    Wassalam

    ReplyDelete