
Inilah dia surau sementara buat warga Perdana College Height yang diizinkan oleh Allah SWT dengan menggerakkan hati Hj. Zulmurat selaku tuan rumah untuk membenarkan kita semua beribadat menghadap Allah yang Esa di tapak letak keretanya. Semoga Allah memberikan nikmat kurniaan yang tak terhingga buat keluarganya.
Di kesempatan ini juga ingin dimaklumkan buat semua warga PCH, urusan pemilikan tapak surau kita sebelum ini telah diusahakan oleh AJK Persatuan penduduk dan surau melalui majlis dan JAINS. Alhamdulillah, ianya sudah menampakkan hasil yang positif.
Tapak surau kita adalah berdekatan dengan tangki air berdekatan dengan Bayan, kira oklah... tengah-tengah dengan keluasan tanah 2 ekar. besar tu...
Semoga dengan usaha dan sumbangan yang kecil daripada para AJK akan memberi manfaat yang besar buat kita semua amnya dan buat mereka khususnya di dunia dan di akhirat. Kita lakukan semua ini bukan untuk kita sahaja, tetapi adalah untuk generasi kita di masa akan datang.

Alhamdulillah,
ReplyDeleteDengan Ehsan dan sumbangan ikhlas tuan rumah akhirnya Surau Al-Falah berjaya disemarak kan di PCH. Semoga ianya dapat menjadi kemudahan warga qaryah PCH dan memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah di kawasan ini.
Sebagai makluman, tapak surau kini dalam proses perwartaan sebagai tanah rizab di bawah JAINS untuk dijadikan Surau.
Proses ini memakan masa kerana pada pelan asal di MPN telah diwartakan sebagai tapak Masjid. Jadi, proses ini sedang diusahakan di antara Pejabat Tanah dan JAINS.
Insya Allah, doakan proses ini berjalan lancar. Susulan aan dibuat dari semasa ke semasa.
Sokongan pihak ahli qaryah PCH amat dialu-alukan.
Terima kasih.