Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan urusan pembinaan surau Al-Falah.
Kini, segala urusan pentadbiran bersama MPN, JAINS dan Pejabat Tanah telah diselesaikan dalam masa 1 bulan. Kita telah mempunyai tapak surau yang sah. Kiblat juga telah ditentukan oleh bahagian falak JAINS. Pelan surau juga telah disempurnakan dengan cantiknya oleh saudara Deen and the geng. Fuhh.... Dahsyat... ! dalam masa 2 minggu sahaja dapat disiapkan. U're Genius Deen.
Buat semua ahli Qariah Surau Al-Falah. Mari kita buktikan Islam itu UNGGUL. Kitalah yang akan menyemarakkan surau kita dan ia adalah fardhu kifayah buat kita. Pengorbanan masa, tenaga dan idea adalah untuk agama kita, maslahah kita.
Ayuh...! Semarakkan Surau kita dengan menyumbang sedikit wang untuk pembinaannya. untuk penduduk PCH, sumbanglah sekurang-kurangnya RM100. Jika kita dapat kumpulkan segera maka akan tertegaklah segera bangunan surau kita... Surau Al-Falah memerlukan sekurang-kurangnya RM250,000,00 untuk kesempurnaannya.
Sebarkan dan Kempenkan. Semoga ianya akan membawa keberkatan untuk kita sepanjang masa sehingga kehidupan di SANA kelak. amin...
Thursday, January 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment