Friday, January 15, 2010

Gerhana Separa di Perdana College Heights



Tanggal 15 Januari 2010. Bertempat di perkarangan rumah En. Amir(tauke air) kami (Ustaz Safuan, Amir dan Bapa Mertua Amir) telah mencerap gerhana matahari dengan cara tersendiri. Photo yang anda lihat adalah photo yang diambil oleh amir di rumahnya.

Pencerapan bermula pada jam 3 petang(waktu tempatan)sehingga jam 4 petang. Selepas itu matahari telah ditutupi awan hujan. SubhanAllah... inilah dia tanda kekuasaan Allah SWT kepada hambaNya yang mahu berfikir.Marilah kita panjatkan kesyukuran atas segala nikmat dan kasih sayang Allah yang memberikan kita kesempatan untuk menghirup udara aman di bumi pinjaman ini.

Segala yang ada pada kita bukanlah milik kita tetapi Allah sudah sediakannya. Kita cuma menggunakan sahaja. Peristiwa gerhana ini adalah untuk menunjukkan kita ini adalah umat yang kecil dan Allah lebih berkuasa. Merendah diri adalah sebaik akhlak. Oleh sebab itulah kita disunatkan menunaikan solat sunat gerhana dan mendengar khutbah gerhana untuk muhasabah diri kita.

Fikir-fikirkan... Selamat Beramal... dan selamat MENYUMBANG...

No comments:

Post a Comment